Thursday, August 31, 2006

Cerita sedih....

Ada 3 orang sahabat tinggal kat Penthouse tingkat 60, suatu hari dia org balik kerja sesama,tiba-tiba lift rosak,salah sorang daripada diaorang buat keputusan untuk naik tangga untuk balik rumah.

So diaorg pun naik sesama.Sebelum naik salah seorang beri cadangan supaya setiap orang ambik 20 tingkat untuk bercerite dan cite tu mestilah cite yg sedih sbb kalau cite lawak dia org akan gelak2 dan bergerak lambat.

Mulalah dgn orang pertama,tingkat 1-20,citenya berkisah tentang dirinya suatu masa dahulu hidupnya susah,tinggal di kampung...........

Seterusnya giliran orang kedua pula untuk bercerite dari tingkat 21-40,citenya juga tentang kehidupannya yg suatu masa dulu penuh dgn kesedihan lagi susah yang kawan pertama tadi.

Tiba giliran org ketiga tingkat 41-60,dlm hatinya berkata 'alamak,aku takde cite sedih macam mana ni?sampai ditingkat 59,dia teringat satu kisah sedih,lalu berkata kepada kawan2nya 'nak tau tak aku dah ada cite sedih, korang nak dengar tak?kawan2nya 'nak!' kunci rumah kita tertinggal dlm kereta aku,sedih tak?

Tuesday, August 29, 2006

Budak Kecik

Klinik Swasta...

Satu hari di klinik swasta, Kudut datang berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dengan belakang hang ni?

Kudut: Saya kerja syif malam. Bila saya balik rumah saya kat tingkat 3
pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dalam bilik tidur saya. Saya suspek
adaorang dah tidur dengan bini saya. Saya tengok pintu balkoni saya terbuka.
Saya berlari ke situ, jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki
kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... lepas tu saya terus angkat peti
ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yang sakit belakang sampai sekarang
ni, doktor.

Tiba-tiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius
seolah-olah baru lepas dilanggar kereta.

Doktor: Uih! Pesakit yang saya tengah periksa ni nampak teruk. Tapi hang
lagi dahsyat saya tengok, apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Hari ni hari pertama kerja baru saya.
Tapi saya lupa 'set alarm' semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tengah saya
berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan seluar saya, tiba-tiba ada
sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk
daripada Chet dan Kudut. Doktor terkejut besar...

Doktor: Hang pulak kenapa ni?

Chot: Saya ada kat dalam satu peti ais. Tiba-tiba je ada orang campak
peti ais tu ke bawah dari tingkat 3, doktor!!!

Kerja...

Ahmad adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta yang rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki keretanya yang mengalami sekidit kerosakan..

"Assalamualaikum doktor..." tegur Ahmad... "Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..

Setelah doktor menerangkan masalah keretanya... Ahmad cuba bertanya...

"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang rosak, menggantinya dengan yang baru dan "sembuhlah" ia." "Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?" tanya Ahmad.

Doktor itu menatap wajah Ahmad dan bertanya balik.. "Pernahkan awak mengerjakannya dalam keadaan mesinnya masih hidup?"

Keliru????

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaawwWW?

Saturday, August 26, 2006

Serahkan Pada Yang Di Atas

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

Thursday, August 24, 2006

Selsema Burung

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.
Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

Wednesday, August 23, 2006

Bertengkar

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini !

"Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian." Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Tuesday, August 22, 2006

Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa..."Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan.."Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..

Saturday, August 19, 2006

Orang Gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"

Cucu dan Nenek

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.

Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Kisah Keluarga Pembohong

Terdapat dua beranak, yang sorang bapak,dan sorang lagi tu anaknya. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. udah ramai la penduduk sekampung yang jadik mangsa pembohongan mereka berdua.

Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat burok mereka tuh. Bomoh pon bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka berdua pun menuju la ke air terjun. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si bapak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana bapaknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.

Anak : Kenapa lama sangat pak?
Bapak : Bapak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.

Si anak pon terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan menghampiri bapaknya.

Bapak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?
Anak : ini semua bapak punya pasal la. Bapak minum kopi tadi tak bayar. Dah tu saya pulak yang kena pukul.

Thursday, August 17, 2006

Tahi

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,

"Lembik...macam taik."Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Wednesday, August 16, 2006

Tayar tercabut....




Berhati-hatilah dijalan raya....

Laksamana....

Tahun 1505- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang laksamana menemui rakan yg cukup dipercayainya.Laksamana: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku laksamana.

Menjelang petang, ketika laksamana bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah laksamana mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf...laksamana bagi kunci yg salah!!

Sex ( Bukan lucah!!)

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanyakepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu..Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan,mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapananaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sexdengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya.Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruanganjawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Tuesday, August 15, 2006

Ambil Wuduk.....

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washingbasin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya. Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kakike dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kalidalam sehari.Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Pertejemahan Bahasa Komputer

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

IstilahHardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

"Translated"
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Monday, August 14, 2006

Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,"Apsal kau ni asyik menggigil je?""Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi."Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah."Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B."Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu."Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..""Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.""So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat."Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Sunday, August 13, 2006

Kereta Lembu....


HaHaHaHaHaHa.......
ini lah dikatakan berfikiran terbuka....
ini betul orang kata kereta lembu...
apa2 pun gunakanlah teknologi terkini
untuk keselamatan masing2....

Kuda


perh... tak sangka kuda pun pandai ketawa.. but aku puji kuda ni coz kuda ni selalu gosok gigi kot....

Saturday, August 12, 2006

Polis

Seorang polis menahan seorang penunggang motosikal kerana lampu hadapannya tidak menyala.polis : pesal lampu depan tak nyala? ko cakap pasal bil tnb lagi aku "kompang" kang!penunggang : ala tok ... sini lampu, sana lampu, mana2 pun lampu ... nak wat per lampu lagi tok ..polis : oooo ... ko loyar buruk lagi eh. siap ko ...pegawai polis pun lantas memancitkan tayar motor penunggang motosikal itu ..penunggang : apa ni tok ... tayar saya tak der angin cam ner nak jalan ...polis : sini angin, sana angin, mana2 pun angin ... nak wat per angin lagik!

Asal Usul Terkejut Beruk

Friday, August 11, 2006

Bahasa Melayu for IT

Some computer terms translated to BM, courtesy of someone from USM :
Don't you think that computer terminology in Bahasa Malaysia (or is that Bahasa Melayu or Bahasa Malaysia or Bahasa Melayu? sheesh...) is really weird?
Cakera Keras = Hard Disk - Sounds like an olympics event to me.
Tetikus = Mouse - Wonder what a big mouse would be called - Memondok?
Papan Kunci = Keyboard - sounds like that wooden case where the Pak Guard keeps the keys to the school classrooms. Yeah...one big papan with a whole lot of kunci.
CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) - Isn't that bit too much to ingat? Try pronouncing that without twisting your tongue or pausing to think. IMPs?
Monitor = What's the term for this? KETUA DARJAH?
Modem = Could it be called "PEMPEND" <-- PEModulasi, PENDemodulasi? Motherboard = "Papan Ibu" probably? Maybe the best motherboards can be awarded the "Papan Ibu Mithali" then? Sound Card = Kad Bunyi? Sound Blaster = Peletup Bunyi? Pipeline Burst Cache = Duite Garisan Paip Meletup? Local Bus = Bas Tempatan? Sounds good to me. VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA? Flatbed = Katil leper? OR Katil Rumah Pangsa (Flat)? WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Sounds quite convincing to me. Then what would you call daughterboards? Papan anak perempuan? That sounds a little kinky for me :)) What about SIMMs and DIMMs and such...? *laf* wonder what would you call ink jets then :) Pancutan Dakwat??? What about "Plug and Play [tm]"? :) Hmmm..Plug and play....Cucuk dan Main??? Somehow I think not. Joystick = Batang Gembira or Batang Ria?? Damn obscene man!!

Kisah Mat Saleh Dengan Awek

Pada satu hari,ada la seorang awek ni kan terlanggar seorang mat saleh, lepas tu apalagi dia pun minta maaf dengan mat salleh tu begini:-awek : I'm sorry….mat saleh: I'm sorry TOO…(awek ni jawab balik)awek : I'm sorry THREE…(mat saleh tu dalam kebingungan dan bertanya)mat saleh:What are you sorry FOR ???(awek ni pun jawab lagi)awek : I'm sorry FIVE….(mat saleh tu pun dalam kebingungan dan terus bertanya…mat salleh tanya lagi : ARE YOU SICK?awek dengar mat salleh macam nak marah aja..awek pun jawabaWEK JAWAB : I'm sorry SEVEN….mat salleh tanya lagi: You must be having Stomach ACHE…awek jawab : Im sorry NINE..mat salleh naik panas terus jawab : Im sorry TEN…..

Interview Lanun

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua"Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"Penemuduga: "Mata kamu pula?"Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

Mabuk

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. Ithappen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia barujer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapimemang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blockedfrom the police officer and asked for her driving license and so onbutunfortunately at the same time tu, there was an accident happen acrossthe road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave herandrushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahunakbuat camne, she just ran off back to her car and head straight backhomein Klang.So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tutanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LERNGANHOUSEMATE SAYA."So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis ygmalamtadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih(wira)cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Takpasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Putus Tunang

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.Farid : Mengapa?Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelumtuawak mesti kembalikan semua gambar saya.Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nantiawak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.Siti : Erkkkkkk........ Benci .........