Thursday, January 25, 2007

Tragis....

"Ani merupakan seorang dara yang cantik lagi rupawan.
Kira dalam kampung, dialah Miss Kampung. Tapi sayangnya
sewaktu dia kecik, Ani telah jatuh dari katil tidur lalu otaknya
sekarang tak seimbang. (otak senget)

Satu hari Ani telah disuruh oleh emaknya untuk membeli
kelapa. Lalu dia pun pergi ke kedai Pak Mat. Pat Mat walaupun
usianya dah lanjut tapi masih "gagah dan kuat".(viagra+tongkat ali)

Setibanya di kedai Pak Mat, terdapat beberapa lagi
pemuda-pemuda kampung yang tengah lepak kat situ.

Ani : Kelapa satu biji...parut buang kulit.
Pak Mat : nak buat ape dengan kelapa ni
Ani : tak tahu mak suruh beliPak Mat : hari ni Pak Mat rasa murah hati...kalau Ani
dapat panjat pokok kelapa dan ambik kelapa tu...pak mat kasi free.
Ani dengan ghairah memanjat pokok kelapa tu. Pak Mat
dan pemuda-pemuda kampung yang lepak kat situ pun
mengerumuni di bawah pokok kelapa tu.Mereka pandang
ke atas dengan penuh berahi.

Oleh kerana syiok sangat, Pak Mat suruh Ani turun naik
pokok kelapa tu beberapa kali untuk ambil beberapa
biji dia nak.

Ani pun pulang ke rumah dengan senang hati membawa
kelapa parutnya dan beberapa biji lagi.

tiba di rumah, emak Ani terperanjat kenapa banyak sangat kelapa

Mak Ani : Ani..apasal banyak sangat kelapa
Ani : ni hari pak mat kasi percuma kalau Ani sendiri yang panjat pokok
dan ambil kelapa-kelapa tu. Pandai kan Ani mak.

Mak Ani : ANNNIIIIII maknya menjerit...diorang tu semua nak tengok
seluar dalam kau...sebab tu dia kasi free
Ani : Yeke mak....eh ...eh...nasib baik ani tak pakai seluar dalam. "

Monday, January 15, 2007

Terlupa La Pulak...

Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mengecat bangunan yang tinggi, pada ketika itu dia sedang mengecat bahagian luat tingkat 24. Biasalah dia berdiri atas papan dua keping aje. Tiba-tiba ade sorang kawan tu menjerit dari dalam bangunan " Ali, anak engkau cedera parah kene langgar kereta".

Pemuda tu terkejut beruk mendengar anaknye kene langgar kereta. Sebagai bapa yang sangat menyayangi anak, dia jadi panik. Ape lagi dia pun terus melompat turun dari papan tu. Malangnye dia melompat bukan kedalam bangunan tapi kearah luar bangunan. Apa lagi, terus jatuh kebawah ler. Jatuh dari tingkat 24, mau tak matinya.

Pemuda tu terkejut besar kerana tersalah lompat, tapi sekarang dia ada masa sikit nak taubat, kerana dah tau tak lama lagi dia akan mati berkecai. Bila sampai kebawah pasti badannye hancur berderai.Terlalu sedih dia ketika itu. Dahlah tak dapat jumpa anaknya tersayang, dia sendiri pun akan mati kejap lagi. Pasti bertambah sedih isterinye nanti. Tiba-tiba waktu badannye tengah laju menjunam kebawah, baru dia teringat yang dia belum ada anak lagi. Bila dah sampai tingkat sepuluh, teringat lagi satu perkara, yang dia belum pun kawin lagi.

Dan apabila dah nak sampai ketanah, baru dia teringat yang nama dia pun bukannye Ali.....tapi Bedul. Maka matilah si Bedul hanya kerana terkejut pasal anak orang lain kena langgar.

Tuesday, January 09, 2007

Menantu VS Mertua

KAmal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang

menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Kamal.. "Kamal, mari kita main dam haji... " katanya kepada Kamal... "Boleh juga... " kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal... Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi... Kamal makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Kamal... kuat betul makan laa... . agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni ... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena... .

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum ada seru... katanya laa...

Sunday, January 07, 2007

Cuti Sekolah

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

Merokok...



Berhenti merokok ye...