Saturday, December 23, 2006

Setem..

Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.

Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai gambar-gambar Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.

Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.

Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.

Friday, December 08, 2006

Chewing gum



Ini adalah iklan dari Chewing gum dari Thailand

Arnab...

Anjing Chong sedang memakan bangkai seekor arnab. Chong tahu arnab itu merupakan arnab jirannya lalu memarahi anjingnya... "Berhenti kamu anjing @%$&#@... apa yang patut saya buat sekarang? Tentu jiran itu akan membunuh saya... bagi saya arnab tu!"

Chong mengambil arnab itu dan memandikannya, keringkan bulunya menggunakan pengering rambut dan meletakkan arnab itu di dalam sangkar arnab yang terletak di belakang rumah jirannya. Chong berharap arnab itu akan kelihatan mati disebabkan perkara biasa...

Selang beberapa hari Chong terdengar khabar yang mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku pada arnab jirannya... Chong bertanya apa yang terjadi dan jirannya menjawab "Suatu hari arnab saya telah mati dan saya telah tanamkannya... kemudian seseorang telah mengeluarkan arnab itu dan memandikannya, lalu meletakkan arnab itu semula ke dalam sangkar lamanya... orang yang lakukan perkara ini sememangnya gila!...

Datuk...

Ahmad dan Hamid sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.

Ahmad: Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengtahui masa dia akan meninggal dunia

Hamid : Hebatnya! Bagaimana dia tahu?

Ahmad: Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah...