Thursday, October 26, 2006

Monday, October 23, 2006

Bila Besar Nanti....

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

Monday, October 16, 2006

Cita-Cita

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...

Sarah:ko dah besar nak jadi apa?

Ah Kiong: saya da besa nak jadik Superman woo

Sarah: saya dah besar nanti jadik supergirl

Iqbal:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...

Wednesday, October 11, 2006

Tuesday, October 10, 2006

Air....

Anna merupakan pelajar tadika di sebuah sekolah tadika di dalam negara Malaysia. Beliau merupakan belajar yang nakal dan sering dimarahi oleh guru-gurunya. Walaubagaimana pun Anna telah mendapat pendidikan yang terlebih dalam ilmu sains dan teknologi. Sehinggakan Anna kadang-kadang lupa daratan.

Cikgu Laily: Anna bangun... saya nak tanya awak. Bagaimana ingin mengeja perkataan air.

Anna: Alah cikgu mudah je ejaan air. Adik saya yang tak sekolah tu pun tahu.

Cikgu Laily: Bagaimana ejaan nya?

Anna: 'HIJKLMNO'

Cikgu Laily: Kenapa awak mengeja perkataan air begitu?

Anna: Bukan kah ejaan air bererti 'H to O' (H20). Betul tak cikgu?

Cikgu Laily:?????

Sunday, October 08, 2006

Selsema...


HaHa Ha Ha...... Kecerdikan penduduk Jepun memang terbukti. Pada sewaktu masa, penduduk Jepun mengalami selsema berpanjangan. Jadi salah seorang penduduk Jepun membuat reka cipta seperti gambar di atas.

Saturday, October 07, 2006

Takut Bini....

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

Perpustakaan...

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"