Friday, September 29, 2006

Syurga

Seorang guru sedag mengajar anak murid tentag syurga. Selepas itu guru itu bertanya kepada murid-muridnya itu:

Guru: Di sini siapa yang nak pegi syurga?

Sume anak muridnya mengangkat tangan kecuali Eric.

Si guru pun bertanya kpd eric:

Guru:Kenapa kamu tak nak pegi syurga?

Si Eric pun menjwb pertanyaan gurunya itu:

Eric:MAK SAYA PESAN LEPAS HABIS SEKOLAH JGN PEGI MANA-MANA.

Tuesday, September 26, 2006

Pelancong...

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.

Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.

Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.

Saturday, September 23, 2006

Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......

Thursday, September 21, 2006

Dua Orang Kaya Dan Pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Monday, September 18, 2006

Bapak Dan Atikah

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Atikah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Atikah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Atikah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Atikah : Ya bapak, Atikah dengar... cuma Atikah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Atikah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Atikah : Eh!!! bapak, Atikah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Atikah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Atikah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Atikah : Bapak...Atikah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Sunday, September 17, 2006

Bunuh Diri

Ada dua orang sahabat sedang berbual.Mamat dan Ahmad.Mereka ini sudah lama berkawan.Suatu hari mereka berjumpa semasa memancing kat sungai..

Mamat: Kau nak tau,dulu masa aku kecil aku pernah tengok orang bunuh diri.
Ahmad: eeii...ngerinya...
Mamat: Dia gantung diri kat pokok.
Ahmad: Habis tu sekarang hidup lagi ker....
Mamat: Iskkk kau ni....gila ker apa? dah tentulah orang tu mati.( sambil menunding jari di dahi Amirul)
Ahmad: tak, maksud aku pokok tu la.....kuang...kuang.....kuang
Mamat: $#$&%%^*&

Saturday, September 16, 2006

Payung...


Seluruh negara di dunia ini menggunakan payung biasa sebagai alat perlindungan dari air hujan dan panas. Tetapi di Jepun, salah seorang pereka cipta telah mencipta payung yang sekelilingnya mempunyai plastik untuk mengelak dari tempias dari air hujan. So Jepun ini memang otak bijak la!!!...

Friday, September 15, 2006

Teliti!!!...

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Wednesday, September 13, 2006

"Kita"...

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri: %#@**^&%#@

Tuesday, September 12, 2006

Orang Tua..

Al kisah bermuler di sebuah kampung, seorang atok tuer sedang asyik membasuh pakaian luar dan dalam nyer di tepi sunggai sambil mendendangkan lagu renjis-renjis dipilis. Tiber-tiber, datang seekor bangau yang tercedere kepaknyer meminum air sungai terbabit.

Kasihankan bangau nyer pasal, orang tuer tu mengambil keputusan tuk merawat luker bangau tu sampai sembuh.....di pendekkan citer, sembuh la bangau tu dan dier berjanji akan membalas budi orang tuer tu tadi serter menjempot orang tuer tu ke perumahan kos rendah yang didiami beliau.

Maker, orang tuer tu pon pegi la ke rumah tempat penginapan si bangau. lantas si bangau pon mengarah pembantu-pembantunya mengeluarkan duer kotak hadiah. satu kotak kecik, satu lagi kotak besor. si tuer disuruh memilih kotak tersebut dan dier mencapai kotak yang kecil. si bangau lalu berkata:

"Sesungguhnyer ko memang baik hati orang tuer. Ko membantu aku dengan ikhlas dan jujur. sebenornyer, kotak besor tu dah aku isikan dengan sos lader hitam jer.so, terime lar hadiah pemberian ku yang tak seberaper ni"

Kater si bangau merendah diri. Si tuer terus membuker kotak yang di ambilnyer tadi dan terdapat 5 bijik kunci untuk 5 buah keter mercedes benz berlainan kelas.

Alangkah terkejutnyer si bangau biler si tuer menolak hadiah yang sket nyer bernilai tu. Biler di soal oleh si bangau mengaper dier menolak pemberian tu, si tuer menjawab:

"Giler ko! aku dah ler tak der lesen memandu, dah ler aku ni miskin, maner mampu nak bayor road tax tuk limer-limer buah keter ni ...

Thursday, September 07, 2006

Penimbang...

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.

Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.

"Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi" kata perempuan tersebut.

"Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini... lalu dicatatkan berapa angkanya...
Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya.
Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan dengan angka kedua...
itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut...

"Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan.

"Kenapa? tanya petugas kehairanan...

"Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu.

Wednesday, September 06, 2006

Kisah Jasni Dan Karim..

Pada suatu hari Jasni dan sahabatnya, Karim, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Jasni berkata,

Jasni : aku ada satu cerita.
Karim: cerita ape?
Jasni : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Karim: yela...

Jasni pun memulakan ceritanya...

Jasni :satu hari aku pergi memburu.
Karim : memburu.
Jasni : aku masuk ke dalam hutan.
Karim : hutan.
Jasni : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Karim : berak.
Jasni : aku berlari ke semak.
Karim :semak.
Jasni : aku pun berak.
Karim : berak.
Jasni : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Karim : lagi.
Jasni : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Karim : dulu.
Jasni : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Karim : ada.
Jasni : aku pun tertanya-tanya.
Karim : tanya.
Jasni : siapa makan tahi aku?
Karim : aku....

Tuesday, September 05, 2006

Mee...


Jepun merupakan negara yang termaju di asia ini. Salah satu restoran di jepun telah mencipta salah satu kipas di chopstik bagi memudahkan mee yang dimakan cepat sejuk. Sungguh bijak betul....

Sunday, September 03, 2006

Jangan Cepat Melatah

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil
melihat keadaan keretanya yang kemek.
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu
sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah
tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow
sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun
menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".."
Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak
manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan
tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

Saturday, September 02, 2006

Kisah Pensyarah Dan Pemandu

Seorang pemuda yg bekerja sebagai pemandu seorang pensyarah yg bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh pensyarah itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh pensyarah. Semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh pensyarah. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yg disampaikan oleh pensyarah.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si pensyarah, dengan rasa hati yg terbuka mereka pun menukar tempat. Si pensyarah menjadi pemandu, si pemandu menjadi pensyarah, dalam hati kedua-dua berkata "Sungguh seronok yer kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yg lain si pemandu yg menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yg patut disampaikan oleh si pensyarah. Si pensyarah yg sebenar duduk di belakang mendengar apa yg di sampaikan oleh pemandu itu. Si pensyarah berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanyakan satu soalan yg tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya".

Dengan bangga si pensyarah yg menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.

Friday, September 01, 2006

Pak Pandir Jadi Orang Kaya...

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."